Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Jantung Rasa Nak Tercabut!” – Eyka Farhana Dedah Debaran Nak Naik Pelamin, Persiapan Kahwin Dah 80% Siap

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Apr 2025, 03:22 PM

“jantung rasa nak tercabut!” – eyka farhana dedah debaran nak naik pelamin, persiapan kahwin dah 80% siapFoto: Instagram

Pelakon cantik yang sering mencuri perhatian ramai, Eyka Farhana, kini hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama jejaka pilihannya iaitu pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid.

Dalam satu temu bual santai yang berlangsung semasa majlis rumah terbuka jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini semalam, Eyka kelihatan berseri-seri sambil berkongsi keterujaan dan sedikit rasa gemuruh menjelang hari bersejarah itu.

“Alhamdulillah, persiapan majlis perkahwinan kami dah hampir siap dalam 80 peratus dah settle. Semua berjalan lancar setakat ni.

“Saya harap bila tiba hari majlis nanti, semuanya akan dipermudahkan dan berlangsung seperti yang kami rancang,” ujar Eyka dengan senyuman manis.

Namun, di sebalik ketenangan yang ditunjukkan, selebriti berusia 30 tahun ini tidak menafikan bahawa hatinya kini sedang berdebar-debar menantikan saat untuk diijabkabulkan.

“Debar tu memang tak boleh nak elak! Saya rasa macam jantung pun laju je bila fikir pasal hari tu. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat teruja nak bergelar isteri,” tambah Eyka yang sudah lama menjalin hubungan secara tertutup dengan Akhyar.

“jantung rasa nak tercabut!” – eyka farhana dedah debaran nak naik pelamin, persiapan kahwin dah 80% siapFoto: Instagram

Majlis pernikahan mereka dikhabarkan akan berlangsung dalam masa terdekat dalam suasana yang penuh elegan tetapi sederhana. Walaupun butiran penuh mengenai lokasi dan tarikh masih dirahsiakan, peminat sudah mula tidak sabar untuk melihat pasangan ini bergelar suami isteri secara rasmi.

Pasangan ini menjadi perhatian sejak hubungan mereka mula dihidu media beberapa tahun lalu, namun kedua-duanya kekal profesional dan merendah diri dalam menjaga privasi. Kini, selepas sekian lama, detik yang ditunggu-tunggu hampir tiba.

Ramai peminat dan rakan selebriti telah membanjiri ruangan komen media sosial Eyka dengan ucapan tahniah dan turut menitipkan doa agar segala persiapan berjalan lancar sehingga hari bahagia mereka.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us