EXO bukan lagi Korea Band picisan. Sekarang satu dunia dah kenal EXO. Kali ini, EXO terus menguasai dunia dan mencipta sejarah. Mereka akan muncul di skrin yang berada di menara paling tinggi dunia, Burj Khalifa, Dubai.
Berada pada ketinggian 828 meter, Burj Khalifa mempunyai sebah skrin LED yang terbesar di dunia. Bangunan itu akan bercaya setiap malam dengan persembahan lampu LED yang terdiri daripada pelbagai jenis seni dan tuisan. Melalui satu projek yang dirancang dan disusun oleh China Baideu EXO Bar, kumpulan itu akan muncul dengan persembaan lampu LED.

Menurut laporan media local, setakat ini hanya wajah-wajah kerabat diraja sahaja yang akan dipaparkan di skrin LED tersebut. Jika, EXO berjaya muncul di skrin LED itu ini bermakna kumpulan EXO adalah kumpulan pertama yang bukan kerabat diraja muncul di skrin tersebut. Wow!

Melalui laman twitter rasmi, pihak Burj Khalifa telah memberi sedikit teaser kepada para peminat. Dijangkakan, persembahan itu akan berlangsung pada 14 Julai jam 8:10 malam pada waktu tempat.
Bukan dekat Burj Khalifa je, lagu EXO yang tengah hits sekarang “Power” pun akan dimainkan pada persembahan fountain di The Dubai Fountain.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.