Penyanyi kumpulan Kpop popular, Super Junior, Eun Hyuk mendedahkan dia membeli sebuah rumah mewah yang besar untuk didiami bersama ahli keluarganya.
Eun Hyuk mengakui sebak apabila mengetahui ibunya mengidap penyakit ‘interstitial pneumonia’ sejak tahun 2017 lalu.
Penyanyi berusia 35 tahun itu juga memaklumkan ibunya hanya bergantung dengan 37 peratus daripada paru-parunya untuk bernafas.
“Pihak hospital ada cadangkan buat pembedahan pemindahan paru-paru, jika dia dapat paru-paru sesuai berkemungkinan ibu boleh hidup sehingga tujuh tahun lagi sekurang-kurangnya.
“Doktor juga tidak beritahu jangkaan tepat masa ibu boleh bertahan tapi mereka sudah beritahu untuk kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan itu,” katanya.
Tambahnya, dia merasakan ini adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga ibunya memandangkan sebelum ini sibuk dengan kariernya bersama Super Junior.
“Ketika saya sibuk dengan Super Junior, saya terpaksa berjauhan dengan ibu bapa saya selama hampir 20 tahun dan banyak yang saya tidak dapat bantu mereka pada ketika itu.
“Ini adalah masa terbaik untuk saya berbakti dan sentiasa menjadi tunggak untuk keluarga kami,” katanya.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.