Kumpulan Estranged baru-baru ini mempertaruhkan single terbaru mereka, Milik Ku, namun hanya dalam bentuk cakera padat (CD).

Rich, yang juga vokalis kumpulan tersebut berkata, CD atau jualan berbentuk fizikal adalah lebih bersifat peribadi dan berbeza dengan bentuk digital.
“Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi.
“Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah memento daripada Estranged,” katanya seperti yang dipetik dari Astro Gempak.
Estranged muncul dengan Milik Ku pada 15 September laku sempena Hari Malaysia.
Sebanyak 300 unit CD mereka terjual pada hari tersebut.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.