Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ernie Zakri Kongsi Kisah Suka Duka, Sanggup ‘Korban’ Buat Syamel Dan Keluarga

Hanya rakam lagu 1 jam sahaja ketika hamil!
Muhammad Izwan Zainal
18 Feb 2022, 05:00 PM

Penyanyi versatil, Ernie Zakri sanggup ‘korban’ apa sahaja demi diri dan keluarganya diabdikan dalam single terbaru ‘Korban’.

Malah, Nur Ernie Shahirah Zakri atau mesra disapa Ernie yang kini sedang sarat mengandung 8 bulan teruja dapat melancarkan single ‘Korban’ sambil menantikan kelahiran anak pertamanya bersama suami, penyanyi Syamel.

ernie zakri kongsi kisah suka duka, sanggup ‘korban’ buat syamel dan keluarga

Istimewa single kali ini, Ernie berkongsi dia sempat menghasilkan single tersebut yang dicipta sepenuhnya oleh dirinya dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment sebelum bergelar ibu.

“Ini merupakan projek terakhir saya sebelum melahirkan anak sulung dan cuti bersalin selama 60 hari selain melalui proses berpantang, dan kesemuanya bergantung pada keadaan.

“Dalam pada itu diusia kandungan menjangkau 7 bulan, saya masih lagi berkesempatan merekodkan sebuah lagu khas buat orang-orang tersayang dalam hidup saya, terutamanya buat suami tercinta,” katanya.

ernie zakri kongsi kisah suka duka, sanggup ‘korban’ buat syamel dan keluarga

Tambahnya, Ernie juga mengutamakan konsep erti kehidupan dan pengorbanan dalam diri lebih-lebih lagi sedang hamil ini buat suaminya dan keluarga tercinta.

“Konsep lagu Korban memang kena sebenarnya dengan keadaan saya yang sedang hamil, pelbagai pengorbanan telah Syamel lakukan sebagai suami serta bakal bapa.

“Baru-baru ini saya dihadiahkan pula dengan kejutan berupa sebuah majlis baby shower dan doa selamat oleh Syamel sendiri yang turut dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman-teman rapat, terharu saya dibuatnya,” ujarnya lagi.

Kisah suka dan duka diungkap dalam genre balada pop yang sering dialunkan Ernie sebelum ini serta diselitkan unsur dramatik bersesuaian dengan ‘jiwa’ lagu tersebut.

“Kalau pendengar hayati melodinya, agak melankolik sama seperti lagu Gundah yang pernah saya nyanyikan sebelum ini, namun ia bukanlah sedih tetapi lebih kepada perasaan terharu terhadap pengorbanan yang diberikan,” katanya.

Berusia 30 tahun, penyanyi bersuara emas ini hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja ketika proses rakaman lagu tersebut.

“Pengalaman yang paling menarik sudah tentunya merakamkan single ketika hamil di Studio Kharisma di Petaling Jaya, dan syukur saya berjaya sudahi tugas tersebut,” jelasnya.

Kini, lagu ‘Korban’ boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui semua platform aplikasi penstriman muzik.

Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}