Penyanyi, Ernie Zakri kini tampil dengan single terbarunya berjudul Boneka.
Dimuatnaik pada 24 Julai lalu, muzik video Boneka kini menjadi tontonan trending dilaman YouTube dengan lebih 290 ribu view setakat ini.
Muzik video ini juga merupakan penampilan sulung Ernie dalam muzik video selepas mula bertudung, membuatkan beliau sangat teliti dalam soal penjagaan aurat.
Menurut Ernie, setiap babak dalam muzik video ini akan diperiksa rapi bagi mengelakkan isu berbangkit terutamanya dari segi aurat.
Tambahnya lagi, banyak juga proses suntingan terpaksa dibuat, lebih lagi dengan kain yang digunakan dalam muzik video berkenaan adalah jenis melekat di badan.
Ernie juga meluahkan rasa gementar sebelum melancarkan muzik video ini, namun gembira apabila ia diterima baik oleh orang ramai.
Sumber: YouTube / HMetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.