Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Sebab Saya Hanyalah Manusia Biasa.. Mudah Kecewa dan Menangis…” - Ernie Zakri

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 Jan 2026, 10:26 AM

“sebab saya hanyalah manusia biasa.. mudah kecewa dan menangis…” - ernie zakriFoto: Instagram

Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri mengakui dirinya pernah melalui fasa kekecewaan apabila impian yang diletakkan tidak menjadi kenyataan, terutamanya melibatkan perjalanan kerjayanya dalam dunia muzik.

Menerusi satu temu bual dalam podcast SYOK di YouTube, Ernie berkongsi bahawa setiap karya yang dihasilkan dibuat dengan penuh harapan dan impian besar, termasuk ketika menghasilkan album sendiri.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, setiap album yang diterbitkan hadir bersama cita-cita tertentu, termasuk keinginan untuk mencapai pengiktirafan dan kejayaan. Namun, apabila apa yang diharapkan tidak berlaku, perasaan kecewa itu sukar untuk dielakkan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

“Apabila tak dapat apa yang diimpikan, memang saya akan rasa sedih dan menangis. Tapi tangisan itu hanya untuk melepaskan perasaan dan meredakan kesedihan,” katanya.

Tambah Ernie, tangisan tersebut bukanlah sesuatu yang berpanjangan sehingga menjejaskan keyakinan diri atau membuatkan dirinya meragui kebolehan sendiri sebagai seorang penyanyi.

Jelasnya, dia tidak pernah menganggap kegagalan itu sebagai penanda bahawa dirinya tidak cukup bagus atau tidak layak untuk berjaya.

Namun, penyanyi lagu Ku Bersuara itu turut mengakui sehingga kini masih ada detik-detik tertentu yang membuatkan emosinya mudah terusik, terutamanya ketika menyanyi dalam keadaan fizikal atau mental yang kurang baik.

“Ada masa bila saya tahu kondisi suara atau diri saya tak berada pada tahap terbaik, saya akan balik dan menangis,” luahnya.

Menurut Ernie, reaksi tersebut berlaku kerana dia hanyalah manusia biasa yang memiliki perasaan dan sifat sensitif terhadap apa yang dilakukan.

Pengakuan jujur Ernie itu secara tidak langsung memperlihatkan sisi kemanusiaan seorang artis yang sering dilihat kuat di atas pentas, namun tetap melalui emosi dan cabaran seperti individu lain.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us