Bukan senang berada dalam industri muzik ni. Walaupun dah ada segala pakej, tapi kalau rezeki belum terpijak memang tak akan menjadi. Seperti Ernie Zakri ni, bukannya baru semalam dia berada dalam industry ini. Tapi dah nak dekat 9 tahun pun dia bergelar seorang penyanyi.
Gambar: Instagram Ernie Zakri
Tapi, baru sekarang nama Ernie Zakri melonjak-lonjak naik. Duetnya bersama Syamel menjadi dan menambat hati ramai pihak. Dalam pasa masa itu, Ernie kerap menyanyi di media sosial dan perkara itu boleh menyebabkan eksklusif dirinya hilang.
Tapi sebenarnya, menyanyi di media sosial tu adalah strategi Ernie untuk meluaskan lagi peminatnya. Ye lah, zaman sekarang semua dah jadi digital dan media sosial. Kalau korang terlambat nak catch up pasal media sosial ni, memang ketinggalan lah.
"Niat saya adalah untuk beritahu netizen saya suka menyanyi. Selain itu, ia menjadi strategi saya untuk orang lebih mengenali diri ini," Katanya pada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.