Pelakon, Emma Maembong, minggu lalu sudah mengesahkan bahawa tidak bertudung.

Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, mengakui imannya belum kukuh dan selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” kata Emma seperti dipetik dari Gempak.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Emma, peminat dilihat kecewa dan patah hati dengan keputusan Emma itu, dan juga ada yang mendoakan agar Emma kembali berubah selepas ini.

Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.