Kredit gambar utama: Instagram @elyanaofficial
Dengan berat hati, penyanyi Elyana, 31 terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana tidak mahu kesihatannya mempengaruhi bayi yang dikandung.
"Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil.
"Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.
"Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti," katanya kepada Berita Harian.
Namun, sebelum membuat keputusan tersebut Elyana terlebih dahulu meminta pandangan dan merujuk kepada ustaz.
Pada mulanya Elyana tak sedar yang dirinya hamil hinggalah tahap kesihatannya merosot secara mendadak.
"Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan juga kerana terpaksa menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam.
"Melihat keadaan yang tidak bermaya, saya melakukan pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun, saya terpaksa menggugurkannya kerana bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi.
"Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat," tambahnya.
Elyana juga pernah keguguran sebelum ini pada tahun 2016 apabila dia disahkan mengandung luar rahim.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.