
Elizabeth Tan telah memegang watak sebagai ‘hantu’ dalam filem terbaru, Misteri Dilaila.


Pelakon berusia 25 tahun itu memberitahu, untuk mendapatkan shot sebagai hantu, beliau terpaksa bersolek 2 hingga 4 jam walaupun babak itu hanya 3 saat.
Tambahnya lagi, beliau mengakui tidak takut kepada hantu namun ada juga terdengar kisah mistik di set pengambaran filem berkenaan. Katanya, kru produksi ada mendengar suara wanita lain yang masuk dalam rakaman, sedangkan tiada sesiapa ketika itu.

“Saya tak percayakan hantu sebab tak pernah alaminya sendiri. Sebenarnya saya teringin nak jumpa hantu
“Saya nak tanya apa mereka nak? Mereka bosan ke? Kenapa nak kacau kita?”, seloroh Lizzy sambil ketawa.
Filem Misteri Dilaila akan menemui penonton diseluruh negara pada 21 Februari depan.

Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.