Penyanyi, Elizabeth Tan sebelum ini pernah membuat pengakuan mengalami depresi akibat daripada putus cinta.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 26 tahun itu telah meluahkan rasa marah terhadap golongan lelaki yang penipu.
Menerusi perkongsian itu, ramai yang menganggap ia berkaitan dengan hal peribadi beliau ditipu kekasih. Namun, penyanyi yang lebih selesa dengan panggilan Lizzy itu menafikan perkara berkenaan.
“Apa yang saya muat naik itu tidak ada kena mengena dengan diri sendiri pun. Perkara itu berlaku kepada kawan saya. Saya sekadar tumpang meluahkan perasaan marah dengan apa yang berlaku kepada rakan berkenaan,” katanya.
Lizzy juga berkata, Tweet tersebut hanyalah sekadar melepaskan geram terhadap apa yang terjadi kepada rakannya, dan ia tiada kena mengena dengan kehidupan atau pengalaman hidupnya sendiri.
Sumber: Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.