Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Banyak Sangat Benda Boleh Buat Saya Murung…” - Elisya Sandha Luah Cabaran Berpantang

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 Jul 2025, 02:38 PM

“banyak sangat benda boleh buat saya murung…” - elisya sandha luah cabaran berpantangFoto: Kosmo

Pelakon terkenal, Nur Elisya Sandha Hassan, 26, mengakui bahawa tempoh berpantangnya kali ini merupakan antara fasa paling mencabar dalam hidupnya apabila mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Menurut Elisya, luka pembedahan Caesarean Section (C-Sect) yang dialaminya belum sembuh sepenuhnya selepas dua minggu bersalin, malah turut dijangkiti, sekali gus memberi kesan besar terhadap pergerakan harian dan kesihatannya secara keseluruhan.

“Sebenarnya saya masih tak percaya dah ada dua orang anak, alhamdulillah sudah habis pantang juga semalam (kelmarin). Pengalaman pantang tak boleh terangkan sebab saya sangat ‘down’ dan sedih,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem, semalam.

Elisya turut mendedahkan bahawa rasa sakit yang dialaminya sepanjang tempoh berpantang amat menyiksakan sehingga menyebabkan dirinya murung dan hampir mengalami kemurungan.

“Apa yang boleh dikongsikan, tempat pembedahan C-Sect luka dan ada jangkitan. Duduk, baring, jalan semua tak kena. Sakit kepala sangat sehingga ganggu 44 hari pantang saya. Dah hujung-hujung okey sikit, boleh bercakap. Kalau tak jadi macam ‘depression’,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Elisya bersyukur kerana berjaya keluar daripada fasa itu dengan sokongan penuh ahli keluarga, khususnya suami tercinta, Uzair Haqimy Azman.

“Banyak sangat benda jadi buatkan saya murung tapi alhamdulillah habis pantang saya dapat balik semangat saya. Saya dapat sistem sokongan kuat daripada suami dan tengok anak hilang sikit kesakitan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elisya turut melahirkan penghargaan kepada ibu mentuanya, pelakon Sheila Rusly, yang sentiasa mengambil berat akan keperluannya sepanjang tempoh berpantang. Beliau berkata ibu mentuanya sangat prihatin terhadap pemakanannya dan sentiasa memastikan dia makan secukupnya.

“Saya beruntung dapat ibu mentua yang sangat ambil berat, fikir fasal makanan pantang saya dan pastikan saya makan. Kalau tak dia risau,” katanya.

Namun begitu, Elisya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan keadaan kesihatannya kepada ibu dan ibu mentua bagi mengelakkan mereka merasa bimbang.

“Saya pilih tidak beritahu ibu mentua dan ibu saya mengenai kesihatan sebab tidak mahu orang risau kecuali suami sebab dia duduk dengan saya hari-hari nampak muka, tahu tak okey,” jelas Elisya.

Untuk rekod, Elisya melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Bahtera Elhaq pada Mei lalu. Anak sulungnya, Bunga Elhaq, kini berusia tiga tahun. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us