Sumber: Berita Harian
Nampaknya jawapan kepada status hubungan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah terjawab apabila ibu kepada Elfira, Filzah Yusoff sudah mengesahkan bahawa anaknya dan penyanyi itu sudah pun putus. Menurut Filzah, hubungan tersebut baru sahaja terlerai.
'Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.
"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.
"Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha," katanya.
Menurut perancangan El dan Sufian ingin melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.