Pelakon, Elfira Loy yang kini hamil enam bulan mengakui mula rasa berdebar menantikan kelahiran bayi sulungnya.

Namun dalam keterujaan itu, Elfira juga merasakan takut dan risau memikirkan keadaannya nanti.
“Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu.
“Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menanti kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki daripada Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.”, katanya.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Elfira Loy dan suami!
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.