Pelakon, Elfira Loy baru-baru ini telah dihujani dengan soalan daripada peminatnya berkenaan hamil anak kedua, selepas beliau memaklumkan dirinya berasa mual dan ingin muntah.

Bagaimanapun menurut El, status berkenaan bukanlah bermaksud dirinya sedang berbadan dua.
“Minta maaf kerana membunuh keterujaan kalian tetapi saya tidak mengandung. Sebab sekarang saya sedang datang bulan.
“Saya tidak akan guna lagi perkataan muntah selepas ini, jika tidak kiriman mesej saya dipenuhi dengan pertanyaan peminat ‘DAH MENGANDUNG KE’,” tulisnya.

Elfira, 26, kini mempunyai seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, yang kini berusia setahun dua bulan selepas berkahwin dengan suami, Muhamad Faris Khairol Anwar pada 1 Januari tahun lalu.
Sumber: Elfira Loy / Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.