Pelakon, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari yang lalu.

Selepas hampir 4 bulan, timbul desas-desus mendakwa bahawa dirinya kini sudah hamil.

Dipetik daripada portal Gempak, Elfira Loy tidak menafikan bahawa mereka juga inginkan cahaya mata sebagai penyeri keluarga.
"Lumrah pasangan yang sudah berkahwin, mesti mereka mahukan cahaya mata sebagai penyeri keluarga.
"Alhamdulillah, semenjak hari pertama saya bernikah, saya telah menerima doa dan kata-kata yang baik dari peminat.
"Mereka berharap serta mahu melihat saya dan suami menimang anak secepat mungkin.
"Jadi, bagi menjawab desas-desus terbabit, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami, Insya-Allah," jawab Elfira sambil tersenyum.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.