Pelakon, Elfira Loy dan suami, Khairol Faris Anuar mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina anak daripada pengetahuan keluarga mereka.

Dipetik daripada Kosmo!, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri yang kini hamil 6 bulan berkata, mereka suami isteri sudahpun tahu jantina bayi dan akan membuat pengumuman jantina apabila sudah selamat bersalin sekitar Oktober nanti.
Menurut Elfira, setakat ini beliau tidak mengalami alahan dan mengidam yang pelik-pelik, malah masih kekal aktif berkerja ke sana sini.

Tambah pelakon berusia 25 tahun itu lagi, beliau juga tidak bimbang andai tidak lagi aktif berlakon selepas menjadi ibu, malah beliau masih boleh melakukan kerja-kerja menerusi media sosial miliknya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.