Pelakon, Elfira Loy mendedahkan bahawa dia dan keluarga masih dalam proses menyesuaikan diri selepas menerima bayi sulung dalam keluarga.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, beliau sering tersasul membahasakan diirnya sebagai 'kakak' kepada anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf Muhammad Faris yang kini berusia dua bulan.
Elfira juga mendakwa beliau tidak pernah mempunyai anak buah dan tidak pernah membahasakan dirinya sebagai aunty El atau mama El, membuatkan dirinya agak kekok sehingga terpanggil kakak pada anaknya itu.

Buat masa ini, semua ahli keluarganya juga sedang menyesuaikan diri bagi menerima bayi baru dalam keluarga, malah tidak menganggap isu ini sebagai serius.
Tindakan Elfira menggelarkan diri sebagai kakak telah menjadi tular dilaman sosial dan rata-rata warganet menganggap ia tidak wajar bagi seorang ibu.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.