Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Pengurus Dedahkan Elfira Masih Hubungi Sufian Suhaimi Selepas Putus Tunang

Nampaknya semakin berpanjangan isu Sufian Suhaimi dan Elfira Loy.
Editor
16 Mar 2018, 03:41 PM

pengurus dedahkan elfira masih hubungi sufian suhaimi selepas putus tunang

Nampaknya isu Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih belum reda selepas masing-masing tanpa henti membuka mulut dan bercerita. Selepas Sufian Suhaimi kerap memberi kenyatan berkaitan halnya dan Elfira, timbul pula ibu Elfira dan selepas itu ayah Elfira. 

Namun, Elfira tiada memberi sebarang kenyataan mahupun bercerita. Tak mahu Sufian kerap disalahkan, pengurusnya Mahadhir Mohamed pula bersuara bagi pihak Sufian. 

Menurut Mahadhir, selepas mereka putus pada 18 Februari yang lalu, Elfira masih lagi menghubungi Sufian. 

"Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

"Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini," katanya kepada mStar. 

Ibu Elfira juga ada memuat naik post di Instagram mendakwa seakan Sufian menipu. Namun, post tersebut sudah dibuang. 

"Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?

"Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu.

"Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan," katanya.

Majlis pertunangan dipilih untuk menutup mulut atau fitnah kerana Elfira dan Sufian kerap keluar bersama. El juga kerap kali mengikut Sufian ke mana-mana lokasi persembahan tak kira siang atau malam. 

"Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.

"Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu," ujarnya.

Mahadhir mengeluarkan kenyataan agar tiada lagi salah faham dan tak terus memanjangkan isu ini lagi kerana semuanya sudah terjadi dan lepas. 

Sumber: mStar

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us