Penyanyi terkenal Ed Sheeran disahkan dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani proses isolasi di rumahnya.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Sheeran berkongsi berita tersebut dengan pengikutnya mengenai keadaan kesihatannya.
“Hai kawan-kawan, dengan rasa dukacita dimaklumkan saya telah diuji positif COVID, jadi sekarang saya sedang mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan kerajaan.
“Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semua selamat,” katanya.
Malah, beliau juga akan meneruskan untuk menyertai wawancara dan melakukan persembahan yang dirancang dari rumah biarpun sedang menjalani kuarantin.
“Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan apa jua komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara/persembahan yang dirancang yang boleh dibuat dari rumah,” ujarnya lagi.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.