Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ebby Yus Masuk Hospital Akibat Masalah Paru-Paru Berair, “Doktor Cakap Saya Kena Rawat Dan Ditahan Di Hospital, Saya Reda”

Ujian demi ujian menimpa Ebby Yus apabila dimasukkan ke hospital.
Muhammad Izwan Zainal
28 Dec 2021, 03:45 PM

Pelakon dan pelawak lagenda, Ebby Yus terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat menghidap masalah paru-paru berair sejak empat hari lalu.

Muhammad Yunus Abdul Rashid atau mesra disapa Ebby memaklumkan dia sudah selesai menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor.

ebby yus masuk hospital akibat masalah paru-paru berair, “doktor cakap saya kena rawat dan ditahan di hospital, saya reda”

“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

ebby yus masuk hospital akibat masalah paru-paru berair, “doktor cakap saya kena rawat dan ditahan di hospital, saya reda”

Namun, Ebby reda akan apa sahaja yang berlaku termasuk kejadian tempoh hari lalu yang menyebabkan kerugian hampir RM200,000 apabila rumahnya musnah akibat banjir.

Berusia 56 tahun, Ebby berterima kasih dan bersyukur buat rakan-rakan artis, para peminat dan semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya penuh optimis.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}