Penyerang pasukan kelab Juventus dan juga Argentina, Paulo Dybala menjadi pemain ketiga daripada kelab bolasepak berkenaan positif COVID-19.
Pendedahan dibuat oleh Paulo di Instagram rasminya yang mengesahkan bahawa diri dan teman wanitanya didapati positif wabak berkenaan.
“Hai semua, saya ingin beritahu anda yang kami sudah menerima keputusan ujian COVID-19 dan Oriana dan saya didapati positif.
“Bagaimanapun kami dalam keadaan baik. Terima kasih di atas ucapan anda,” kata Dybala, 26, yang sudah menjalani pengasingan sejak Rabu.
Selain Dybala, pengarah teknikal Juventus, Maldini dan anaknya, Daniel, 18, yang juga pemain remaja kelab terbabit turut bergelut dengan wabak COVID-19 ini.
“Paolo dan Daniel masing-masing dalam keadaan baik dan sudah menamatkan pengasingan dua minggu di rumah tanpa kontak dengan sesiapa.
“Mereka akan kekal dikuarantin sehingga sembuh sepenuhnya seperti digariskan oleh pihak kesihatan,” kata AC Milan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: BH
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.