Sekali pandang kumpulan ini tidak jauh bezanya dengan kumpulan wanita dari Korea Selatan, dan ada cakap-cakap dari orang ramai yang menyamakan mereka bagaikan BLACKPINK.
Namun begitu, Dolla tidak cepat melatah dengan tuduhan berkenaan sambil menerima kritikan daripada orang ramai terhadap gaya dan imej seksi serta persembahan mereka.
Disebabkan itu juga, Dolla telah mendapat perhatian media dari Korea Selatan, menerusi artikel yang diterbitkan oleh laman Allkpop.
Salah seorang ahli kumpulan Dolla, iaitu Sabronzo berkata, pendedahan media luar negara itu dianggap sebagai salah satu peluang untuk kumpulannya membina nama dan mengumpul peminat baharu.
Sabronzo juga menambah, mereka menerima isu dikatakan sama dengan BLACKPINK malah ia tidak mematahkan semangat mereka sebagai penghibur.
Selain Allkpop, beberapa portal hiburan dari Indonesia dan Singapura turut membuat liputan mengenai Dolla, sehingga menaikkan jumlah tontonan muzik video ‘Dolla Make You Wanna’ di YouTube.
Meskipun begitu, ramai juga yang memberikan komen positif dengan identiti yang dibawa Dolla.
Dolla dianggotai oleh Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby, bakal muncul dengan single kedua berjudul Impikan, pada Jumaat ini di YouTube.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.