Penyanyi kumpulan meningkat naik, Dolla kini mencuba nasib berlakon dalam satu telefilem baharu yang akan ditayangkan di Astro dengan kolaborasi Universal Music Malaysia.
Biarpun baru setahun berada di dalam industri seni ini, ia tidak menghalang mereka untuk menceburi bidang lakonan.
Telefilem bertajuk Dolla Watch Me Glow ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar, skrip oleh Marr Mohamad dan kisah ini diinspirasikan berdasarkan kisah benar Dolla sendiri.
Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel, dan Tabby nekad ingin mencuba sesuatu di luar jangkaan mereka dan berharap peluang keemasan ini dapat melonjakkan nama mereka.
Terdahulu, ramai peminat membandingkan mereka dengan kumpulan Kpop terkenal Blackpink tetapi ramai yang tidak tahu cerita di sebalik penubuhan kumpulan Dolla.
Ramai pelakon akan membintangi telefilem istimewa ini seperti Fauziah Nawi, Angeline Tan, Azwan Ali, Catriona Ross, Aida Aris, Douglas Lim, dan Aniq Suhair.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.