Pada malam kejadian, kumpulan Dolla yang baru selesai menjalani latihan menari tergamam apabila secara tiba-tiba ditahan oleh 3 individu tersebut. Tambah Dolla, mereka sedang menunggu kenderaan mereka di tepi jalan sebuah kawasan di Lembah Klang. Pada awalnya ketiga-tiga lelaki yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga berwarna merah itu memperlahankan kereta sebelum berhenti dan memerhatikan mereka.
Kumpulan yang dianggotai 4 orang wanita itu memberitahu bahawa tiga individu yang mengaku mereka anggota polis tetapi tidak memakai uniform rasmi dan tidak memandu kereta polis. Malah mereka mendakwa turut dipaksa untuk memberikan kad pengenalan diri sebelum mereka mengambil gambar secara senyap tanpa kebenaran mereka.

Menerusi instagram story Dolla, nasib baik terdapat sebuah kereta yang berhenti berhampiran tempat kejadian telah menyelamatkan mereka daripada sebarang insiden tidak diingini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.