
Dengan umur yang sudah mencecah 52 tahun tapi masih memiliki tubuh badan yang fit siap dengan six pack lagi. Pernah terfikir tak apa sebenarnya yang Shah Rukh Khan makan untuk kekalkan tubuh badan seperti itu ?
Tiada apa yang mudah di dalam dunia kalau tak berusaha disamping memerlukan pengorbanan. Sama juga macam SRK, banyak rupanya yang dia korbankan untuk makan supaya dapat tubuh begitu.
1. Tidak makan daging kambing
Salah satu makan fav SRK adalah nasi Dum Briyani yang dimasak dengan daging kambing. Tapi sekarang SRk dah tak boleh makan kambing.

2. Rebus makanan
Makanan yang direbus memang sangat bagus. Jadi SRK hanya rebus ayam, letak garam dan lada hitam kemudian dimakan dengan salad.
3. Tak pernah tambah makanan
Apa yang ada di atas meja, itulah yang dijamah sehingga habis oleh SRK. Dia tak akan minta tambah.
4. Bye karbohidrat
Tak kisah lah nasi ke, gandum atau kentang, semua jenis karbohidrat tak diambil oleh SRK.

5. Ini yang selalu dimakan oleh SRK
Walaupun tak bersenam, tapi kalau makan daging ayam belanda, ikan, keju paneer, telur putih dan susu skim sudah mencukupi.
6. Tak ada snek langsung
Tiada snek tambahan diperlukan oleh SRK.

7. Mentega
Apa juga jenis makanan yang dimasak menggunakan butter SRK tak akan makan.

Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.