Lagu baru daripada kumpulan BLACKPINK, How You Like That nyata telah memberikan impak dan fenomena tersendiri kepada peminatnya serata dunia.
Terbaru, menerusi Instagram pelakon, Didi Astillah, beliau bersama 3 lagi rakannya telah bersama-sama menyahut cabaran membuat tarian daripada lagu berkenaan.

Turut bersama Didi adalah penyanyi, Neeta Manisha dan dua lagi orang rakan mereka yang nyata berjaya menarik perhatian ramai dengan persembahan tarian yang memukau.


Menurut Didi, mereka sangat teruja dan gembira ketika melakukan tarian How You Like That ini, meskipun ia sekadar untuk suka-suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka memuji tarian yang dipersembahkan oleh mereka, meskipun ia hanya berdurasi 1 minit 20 saat.

Sumber: Instagram Didi Astillah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.