Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ballon d'Or 2025: Dembele & Bonmati Terbaik Dunia, Wiegman Jurulatih Terunggul

IDRUS, Husna Najwa
23 Sep 2025, 11:16 AM

ballon d'or 2025: dembele & bonmati terbaik dunia, wiegman jurulatih terunggul

Foto: skysports.com

Malam gemilang bola sepak dunia kembali menyinari kota Paris apabila majlis berprestij Ballon d'Or 2025 mengiktiraf barisan pemain dan jurulatih terbaik dunia. Dua bintang utama, Ousmane Dembele dan Aitana Bonmati, muncul sebagai pemenang anugerah tertinggi bagi kategori lelaki dan wanita, mencipta sejarah tersendiri dalam dunia bola sepak moden.

Pemain sayap lincah Ousmane Dembele, yang kini menyarung jersi Paris Saint-Germain (PSG), meraih anugerah Ballon d'Or Lelaki selepas musim gemilang bersama kelabnya yang menjuarai treble, termasuk kejayaan pertama PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun tidak dapat beraksi dalam perlawanan liga menentang Marseille akibat kecederaan, Dembele hadir ke pentas penuh emosi sambil menerima sorakan padu daripada penyokong. Air matanya tumpah saat menjulang trofi idaman, mengukuhkan lagi namanya sebagai legenda baharu bola sepak Perancis.

ballon d'or 2025: dembele & bonmati terbaik dunia, wiegman jurulatih terunggul

Foto: Fabrizio Romano

Dalam kategori wanita, Aitana Bonmati dari Barcelona dan Sepanyol mencipta rekod tersendiri sebagai wanita pertama memenangi Ballon d'Or tiga kali berturut-turut, satu pencapaian yang hanya pernah dilakukan oleh Lionel Messi dan Michel Platini dalam kategori lelaki.

ballon d'or 2025: dembele & bonmati terbaik dunia, wiegman jurulatih terunggul

Foto: Forbes

“Saya tak pernah bayangkan ini waktu kecil. Saya hanya nampak idola seperti Iniesta dan Xavi di TV. Kini, saya di sini, mencipta sejarah,” kata Bonmati sambil mengakui kejayaannya hadir hasil kerja berpasukan yang luar biasa.

Pemain muda sensasi Barcelona, Lamine Yamal, hanya berusia 18 tahun tetapi berjaya meraih tempat kedua Ballon d'Or dan dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Dunia, manakala rakan senegara Bonmati, Mariona Caldentey, menduduki tempat kedua dalam kategori wanita selepas musim cemerlang bersama Arsenal.

Dalam kategori penjaga gol, Hannah Hampton dari England dan Chelsea meraih anugerah Penjaga Gol Wanita Terbaik, menewaskan nama-nama besar lain selepas menggantikan Mary Earps sebagai penjaga gol utama England menjelang Kejohanan Eropah.

Gianluigi Donnarumma, yang mengharungi musim hebat bersama PSG, dinobat sebagai Penjaga Gol Lelaki Terbaik buat edisi ketujuh.

ballon d'or 2025: dembele & bonmati terbaik dunia, wiegman jurulatih terunggul

Ketua jurulatih skuad wanita England, Sarina Wiegman, memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik Wanita selepas membawa England menundukkan Sepanyol di pentas akhir kejohanan di Switzerland. Dalam kategori lelaki, Luis Enrique dari PSG menerima Anugerah Johan Cruyff atas kejayaan membawa kelabnya menakluk Eropah.

Kejayaan mereka dalam pentas Liga Juara-Juara membuahkan hasil apabila Arsenal dinobat Kelab Wanita Terbaik Dunia, manakala PSG menggondol anugerah Kelab Lelaki Terbaik Dunia.

Dua penjaring prolifik turut diberi penghargaan dalam majlis ini. Viktor Gyokeres, yang meledak 63 gol untuk Sporting dan Sweden, menerima Trofi Gerd Muller Lelaki, manakala Ewa Pajor dari Barcelona dan Poland yang menjaringkan 48 gol, memenangi kategori wanita.

Ballon d'Or 2025 membuktikan bahawa bola sepak terus berkembang dengan bakat-bakat luar biasa dari seluruh dunia. Dari pemain muda seperti Lamine Yamal hingga ikon seperti Bonmati dan Dembele, malam ini menjadi simbol pencapaian, inspirasi dan masa depan cerah buat sukan bola sepak.

Sumber: skysports.com

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us