Setelah sunyi tanpa karya terbaru hampir dua tahun lamanya, kemunculan semula penyanyi wanita berkumpulan De Fam memang sangat dinantikan peminat.
Kali terakhir De Fam melancarkan lagu adalah menerusi single ketiga mereka bertajuk ‘Bila Ada Kamu’ hasil kolaborasi mereka bersama Alif and Aman Ra pada tahun 2017. Terdahulu, kumpulan yang dianggotai tiga gadis cantik yang dikenali sebagai Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz ini pernah popular dengan single debut ‘#Supergirls’ pada tahun 2015, sebelum tampil dengan single kedua ‘With You’ bersama penyanyi Amerika Syarikat, Brandon Beal, pada tahun 2016.
Pada Februari lalu, trio wanita ini kembali mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga mereka di pentas anugerah tempatan menggantikan rapper tersohor Altimet menyampaikan lagu ‘Bunga’.
Sambutan menggalakkan dan reaksi positif peminat yang merindui aksi mereka di pentas, memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk kembali memanaskan industri muzik menerusi single terbaharu mereka berjudul “Panas”. Persembahan De Fam di pentas anugerah pada 22 September lalu bagi memperkenalkan single keempat mereka ini, telah berjaya menaikkan keterujaan peminat dan menghangatkan lagi suasana menjelang tarikh “Panas” dilancarkan minggu lalu.
“Panas” merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan rapper tersohor Alif yang turut bertindak selaku penerbit rakaman lagu ini. De Fam yang kini bernaung di bawah Warner Music Malaysia, single yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu ini turut mengangkat tema memperkasakan wanita, sebagaimana lagu mereka sebelum ini.
Layan “PANAS” kat sini: https://wmm.lnk.to/defamPANAS
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.