Pereka fesyen terkemuka Datuk Rizalman Ibrahim menutup operasi syarikat miliknya ke atas semua pekerja dan penjualan bermula Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, beliau membuat pengumuman tersebut dan menekankan tindakan itu diambil susulan penularan COVID-19 yang masih berleluasa ketika ini.
Tambahnya, pihak pengurusan syarikat juga membuat keputusan itu bagi mengambil kira keselamatan pekerjanya.
Setakat ini, tempoh masa dua minggu atau sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kemudian itu diambil bagi membantu mengurangkan penularan jangkitan akibat wabak itu.
Penjualan beberapa produk secara dalam talian juga dihentikan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Rata-rata warganet kagum dengan tindakan yang dilakukan dan ramai berharap syarikat tempat mereka bekerja juga mengambil langkah sama demi keselamatan pekerja.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.