Penyanyi kumpulan Lefthanded Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, Jamaludin Elias atau mesra disapa Nash hanya mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, penyanyi berusia 62 tahun itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Tambahnya lagi, ketika Datuk Nash dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaikinya dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.
“Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” ujarnya.
Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.