Selebriti legenda negara, Datuk Jamal Abdillah teruja apabila mendapat perkhabaran bakal menimang cahaya mata kelima.
Beliau juga berkongsi berita gembira setelah isterinya, Datin Zai Izzati sedang hamil anak kelima mereka yang kini sudah berusia 12 minggu dalam kandungan.
Malah, pasangan ini juga berharap sekiranya diizinkan oleh Allah, mereka mahu dikurniakan seorang lagi anak perempuan dalam keluarganya.
“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.
Hasil perkongsian hidup bersama Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, dua tahun dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.
Datuk Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 14 tahun pada perkahwinan terdahulu.
Biarpun sudah berusia 62 tahun, kehadiran seorang lagi cahaya mata dalam keluarganya pasti membawa sinar dan kebahagiaan dalam hidup mereka sekeluarga.
“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” ujarnya lagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.