Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang teruja dapat melawat Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Menerusi hantaran di laman Instagram, beliau berkongsi pasangan tersebut merupakan peminat tegar bagi sukan berbasikal dan sangat aktif berkayuh.
Tambahnya, mereka berdua juga pernah menyertai beberapa pertandingan berbasikal bagi mengambil pengalaman selain berjumpa rakan-rakan baharu.
Malah, Datuk Azizulhasni turut teruja melihat pelbagai koleksi basikal milik mereka berdua termasuk koleksi basikal antik.
“Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan ‘mozart’ mengiringi saya, kagum.
“Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu,” katanya.
Beliau juga mengakui dia sekeluarga amat meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi yang berkaliber dalam bidang hiburan.
“Anak-anak saya Amna Maryam dan Amna Khadeeja suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid, jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara maya.
“Saya baru tahu, Datuk CT ni bukan hebat menyanyi, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Datuk CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Datuk CT memang terbaik, saya makan tu sampai menyanyi lagu Percayalahhh,” katanya lagi.
Datuk Azizulhasni bersyukur atas layanan yang diterima sepanjang kunjungannya dan berterima kasih kepada pasangan serasi itu yang sering menyokong perjalanan kerjayanya.
“Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya,” ujarnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.