Kontroversi yang melanda pelakon Hafidz Roshdi membuatkan Datuk A Aida yang merupakan penerbit popular enggan memberikan sebarang tawaran lakonan kepada Hafidz Roshdi dalam drama atau filem terbitan syarikatnya.
Keputusan ini dilakukan kerana tidak mahu merosakkan imej serta karya terbitan syarikatnya. Tambahnya lagi, perbuatan Hafidz ini menyentuh sensitiviti masyarakat serta mungkin mendapat kecaman dari masyarakat. Malah jika Hafidz menyesali atas perbuatannya itu, dia mungkin akan mempertimbangkan untuk memberikan tawaran berlakon dan dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi Hafidz selama-lamanya.
Datuk A Aida turut memberikan contoh yang berlaku kepada Ismail Izzani yang mempunyai turut dilanda kontroversi sebelum ini, tetapi Ismail Izzani menunjukkan disiplin yang bagus ketika bekerja. Bagi kes Hafidz ini pula, ianya terlalu berat kerana berkelakuan kasar kepada wanita serta menyentuh sensitiviti masyarakat. "Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.
"Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran mengikut jadual yang ditetapkan. Dia tiada masalah dan sanggup belajar," katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.