Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Penyanyi Pujaan Ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Alhamdulillah semuanya telah selesai
Muhammad Izwan Zainal
19 Apr 2021, 09:27 AM

Penyanyi No. 1 negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada pukul 6.21 pagi, bersamaan 7 Ramadan 1442H di sebuah pusat perubatan di Selangor.

penyanyi pujaan ramai, dato’ sri siti nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki

Menerusi hantaran di akaun Instagram peribadinya, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan dan Siti serta bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. 

Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran bayi kedua mereka. Baginya yang paling penting, ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar. 

Mereka berdua juga berterima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai. 

Pasangan suami isteri ini juga mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women's Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan. 

Tidak dilupakan juga buat Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women's Specialists, Dato' Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.

Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami!
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}