Penyanyi terkenal, Datin Alyah sebak dan tidak tahan menahan emosi apabila ahli keluarganya disahkan positif COVID-19.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, bukan sahaja kakaknya seorang dijangkiti malah abang ipar serta empat orang anak saudaranya juga turut dijangkiti wabak ini.
Penyanyi itu berkongsi dan memaklumkan kakaknya terpaksa ditidurkan kerana mengalami kesukaran bernafas dan sekarang ditempatkan di wad ICU.
Datin Alyah terlalu sebak hanya mampu berdoa dari jauh sahaja kerana penyakit ini mudah berjangkit dan sukar dikesan puncanya.
“Kakak ku sekarang berada di wad COVID-19 dan terpaksa ditidurkan kerana kesukaran bernafas, abang iparku dikuarantin, seorang anak saudaraku dikomakan dan tiga anak saudara yang lain dikuarantin di rumah.
“Sesungguhnya aku buntu kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa,” katanya.
Tambahnya, kakaknya mendapat jangkitan itu kerana dia pekerja di sebuah kafe dari sebuah kilang di Gelang Patah, Johor
Rata-rata warganet dan rakan selebriti juga mendoakan kesemua ahli keluarganya itu agar segera sembuh daripada wabak COVID-19.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.