Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Kalau Saya Berkahwin, Saya Akan Pastikan Diri Saya Isteri Pertama…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Aug 2025, 10:46 AM

“kalau saya berkahwin, saya akan pastikan  diri saya isteri pertama…”

Foto: Instagram

Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha tampil menafikan dakwaan kononnya beliau sudah bergelar isteri keempat kepada seorang tokoh kenamaan, seperti yang tersebar menerusi sebuah ruangan pojok baru-baru ini.

Menurut Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, gosip tersebut tidak memberi kesan besar kepadanya kerana sudah terbiasa dengan pelbagai cerita tidak benar yang dikaitkan sebelum ini.

“Saya sendiri terkejut apabila wartawan bertanyakan hal itu. Bagi saya, dakwaan tersebut sangat kelakar sehingga saya hanya mampu tergelak. Sebelum ini orang pernah cakap saya dibela, kononnya ada ‘sugar daddy’. Kini, timbul pula cerita saya jadi isteri keempat. Semua ini sama sahaja, gosip yang tidak berasas.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya masih single dan belum mendirikan rumah tangga. Kalau saya berkahwin satu hari nanti, sudah pasti saya akan pastikan diri saya ini isteri pertama kerana itu adalah syarat utama bagi saya,” katanya ketika ditemui pihak media.

Tambahnya lagi, beliau memahami bahawa spekulasi tersebut tercetus kerana gaya hidupnya yang sering dilihat mewah termasuk memiliki sebuah banglo. Namun, beliau menegaskan segala pencapaiannya adalah hasil titik peluh dan kerja keras sendiri, bukannya bergantung kepada sesiapa.

“Cerita-cerita seperti ini timbul kerana orang melihat rumah saya dan menyangka saya mempunyai banyak duit hasil daripada orang lain. Hakikatnya, semua yang saya miliki adalah hasil usaha sendiri.

“Jika saya sudah berkahwin, orang ramai pasti akan tahu kerana saya tidak akan sembunyikan perkara itu. Insya-Allah, pada waktu yang sesuai, saya akan beritahu semua orang,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu berkata khabar angin seperti ini biasanya berpunca daripada perbualan tidak sahih yang tersebar dalam kalangan orang sekeliling.

“Saya rasa mungkin ia bermula daripada cerita orang yang berulang-ulang sehingga akhirnya nampak seperti benar. Perkara sebegini sangat bahaya kerana boleh menimbulkan fitnah. Sebenarnya, banyak lagi kisah pelik yang pernah saya dengar mengenai diri saya.

“Saya tidak mahu menyebut diri saya sebagai seorang artis yang membosankan, tetapi jujurnya saya bukan jenis artis yang penuh kontroversi. Sebab itu bila muncul gosip sebegini, saya hanya pandang enteng sahaja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, nama Daiyan menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular sebuah artikel yang mendakwa seorang selebriti wanita telah bernikah dengan individu berstatus kenamaan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us