Penyanyi, Daiyan Trisha dilihat menjadi tumpuan warganet apabila menawarkan diri sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Daiyan berkongsi hasratnya untuk menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam membantu dan berbakti kepada masyarakat setempat.
“Hari ini merupakan hari pertama saya menjadi sukarelawan PPV. Saya sudah lama berhasrat nak sertai program ini sejak Mei, jadi saya bersyukur sangat akhirnya dapat menyertai program ini dan menghulurkan pertolongan.
“Saya akan berada di sini untuk beberapa minggu lagi. Jadi tolong dapatkan vaksin masing-masing ya.
“Kerapkan memeriksa aplikasi My Sejahtera anda untuk tarikh temu janji. Kita pasti dapat sama-sama membanteras wabak ini,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi itu akan berkhidmat di lokasi Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Rata-rata warganet bercanda dan mahu menukar lokasi mengambil vaksin supaya dapat berjumpa dengan penyanyi itu.
“Macam mana nak tukar tempat untuk ambil dos kedua (vaksin) hahahaha,” komen salah seorang warganet.
“Alaaa nak cucuk vaksin dekat UKM lah macam ini,” gurauan warganet.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.