
Foto: EPA
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, sekali lagi memecahkan rekod Guinness World Records selepas berjaya meraih kemenangan terbanyak dalam pertandingan bola sepak antarabangsa, menurut laporan dari portal berita Tribal Football semalam.
Ronaldo mencipta sejarah baru apabila meraih kemenangan ke-132 ketika pasukan Portugal menentang Poland pada November 2024. Portugal menang besar dengan keputusan 5-1.
Rekod ini mengatasi pencapaian pemain legenda, Sergio Ramos, yang sebelum ini memegang gelaran tersebut.
Dalam pada itu, sijil Guinness World Records diserahkan kepada Ronaldo sebelum perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara UEFA yang menyaksikan Portugal bertemu Denmark di Stadium Jose Alvalade kelmarin.
Walau bagaimanapun, Portugal gagal melangkah ke pusingan seterusnya apabila tewas 0-1 kepada Denmark, selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.