Bintang bolasepak, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menjalani proses kuarantin selepas ahli pasukannya dalam Juventus positif koronavirus (COVID-19).

Pertahanan, Daniele Rugani telah didapati positif COVID-19 selepas pasukannya turun menentang pasukan Inter Milan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan ini akan diletakkan dalam tempoh kuarantin sehinggalah disahkan negatif penyakit berkenaan.
Terdahulu, saingan Serie A di Itali dilangsungkan di stadium tanpa penonton dalam usaha mengawal penularan wabak itu. Malah, saingan Bundesliga di Jerman juga akan berakhir tanpa kehadiran penonton di stadium.

Perlawanan EPL juga terkesan akibat daripada COVID-19 ini seperti perlawanan antara Manchester City dan Arsenal pada Rabu telah ditunda.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.