Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Cinema: Review Filem Dukun

Terjawabnya Misteri Selepas 12 Tahun
Editor
05 Apr 2018, 10:42 AM

cinema: review filem dukun

Lepas 12 tahun, baru lah flem pertama arahan Dain Said ini dikeluarkan di pawagam. Sebelum ni, filem ni dah pun terbocor di beberapa laman sosial. Tapi, ini pengalaman pertama saya menonton Dukun. Kiranya, review ini tidak akan membandingkan di antara yang dah bocor dan yang berada di pawagam.

Boleh dikatakan filem ini sangat menarik walaupun ini arahan perama Dain Said. Dari segi story line, Dukun bukan lah satu filem yang santai. Sebab bila ada unsur-unsur flashback ni penonton kena fokus supaya faham untuk babak seterusnya. Tapi, tak lah terlalu berat dan deep. Boleh je korang relate di antara satu babak dengan babak yang lain.

Dari segi teknikal saya berasa agak terkejut dan tidak percaya filem itu dirakam pada tahun 2006. Kerana dari segi sudut kamera, sinematografi dan sebagainya sangat cantic. Seolah-olah teknologi dan kepandaian pada tahun ini sudah lama wujud pada 2006.

Dari segi para pelakon, kiranya ini adalah filem yang membariskan pelakon-pelakon kelas A. Daripada pelakon utama sampai lah ke pelakon pembantu, semuanya nama-nama yang power. Hatta, Kaza yang hanya muncul tak sampai seminit pun memberi impak kepada penonton. Persembahan Umie Aida tidak lah perlu dikomen. Sememangnya beliau layak digelar primadona filem Malaysia.

Bercakap soal seni vs komersial, filem ini sangat seimbang. Tahniah kepada penulis skrip Huzir Sulaiman kerana berjaya mengolah cerita dengan baik sekali. Bait-bait perkataan untuk setiap pelakon sangat lah natural. Cumanya, punchline Bront Palare tak berapa nak uhmmm. Tapi, itu langsung tidak menjejaskan lakonan beliau. Malah impak lakonan Bront sama hebat seperti pelakon utama yang lain.

Secara keseluruannya, saya berasa sangat kagum dengan  filem Dukun. Filem ini bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tapi ada sesuatu yang mahu disampaikan. Cumanya, korang kena lihat dengan mata hati dan rasa dengan jiwa. Baru lah korang dapat rasa apa yang mahu disampaikan keseluruhan filem ini.

Teknikal: 4/5

Pelakon: 4.5/5

Storyline: 3.5/5

Overall: 4/5

Oleh: Azwar Kamaruzaman

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}