Penyanyi dan pelakon serta ahli kumpulan DeFam, Cik Manggis kini dilihat tampil dengan imej bertudung sejak Ahad yang lalu.
Pemilik nama sebenar Nurshazwani Shamsuddin itu berkata, beliau tidak mahu menghebahkan penampilan terbarunya itu kerana soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai sebaliknya untuk diri sendiri.
Menurut Cik Manggis, dia mengakui mendorong diri sendiri untuk berhijrah sambil menyifatkan suaminya sebagai insan paling gembira dengan penampilan terbaru itu.
Malah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin, juga ‘terkedu’ selepas Cik Manggis mengenakan hijab saat mereka keluar bersama baru-baru ini.
Ditanya soal aktiviti seni bersama DeFam, beliau menjelaskan bahawa dia masih bersama DeFam sama ada bertudung mahupun sebaliknya. Malah, mereka bertiga juga pernah berbincang sesama sendiri mengenai perkara ini dan dua ahli DeFam lain iaitu Azira dan Sophia sangat gembira dengan penghijrahan ini.
“Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej”, kata Cik Manggis sambil menambah yang DeFam akan kembali dengan single terkini pada September depan.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.