Salah seorang ahli dalam kumpulan De Fam, Cik Manggis juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program bersama kumpulannya.
Pemilik nama sebenar Nurshazwani Shamsuddin ini telah berkongsi foto zaman sekolahnya dahulu dengan sedikit perkongsian yang sangat menarik.
Menurut Cik Manggis, ketika zaman sekolahnya dahulu, beliau pernah ditinggalkan semasa cinta monyet dek kerana tidak cukup cantik. Malah, beliau juga pernah mempunyai nama panggilan 'Jalak' ketika sekolah rendah, dan panggilan nama 'Ali' ketika sekolah menengah.
Tambah penyanyi yang bakal melangkau usia 31 tahun pada 2 September ini, apa yang membuatkan seseorang itu kelihatan cantik adalah kerajinan untuk menjaga diri.
"Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik & handsome. Bezanya, rajin & malas je nak jaga diri... Rupa, perwatakan & skin tone tak penting. Yang penting punya peribadi & hati yang baik. Dan sentiasa la jaga kebersihan diri sbb orang yang bersih ni automatic kacak!", tulis Cik Manggis pada ruangan komen.
Sumber: Instagram Cik Manggis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.