Risau akan kesan buruk akibat penggunaan tanpa kawalan, isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengambil keputusan sebelum ini menyahaktif laman media sosial miliknya.
Chrissy dilihat kembali aktif di Twitter dan menegur pengikutnya di laman tersebut selepas tiga minggu berbuat demikian.
Memetik laporan Variety, Chrissy berkata hidupnya terasa sunyi selepas mengambil keputusan menjauhkan diri daripada laman sosial itu.
"Terasa begitu teruk apabila hanya mendiamkan diri dan tak lagi dapat melihat hal yang comel dan mencuit hati sepanjang hari tanpa media sosial... terasa macam hilang 2000 orang kawan sekaligus.
"Jadi saya memilih untuk masuk ke dalam hal (dunia) buruk ini dengan memberi kebaikan," katanya.
Ramai pengikutnya menyambut baik keputusan Chrissy untuk kembali aktif menggunakan Twitter.
Rata-rata warganet meluahkan rasa rindu dan gembira apabila mengetahui idolanya kembali aktif di laman sosial itu.
Model cantik ini memutuskan untuk berehat daripada laman Twitter pada Mac lalu selepas dikecam hebat daripada warganet.
Dia juga berkata akibat terlalu banyak hal negatif berpunca daripada media sosial telah membuatkannya bertindak menutup akaun itu.
Sumber: Variety
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.