Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, meninggal dunia sekitar jam 5 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.
Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh sepupu arwah, Natasha Amran, menerusi laman Instagram beliau.
"Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.
"Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin," tulisnya.
Rata-rata selebriti dan kenalan arwah turut bersedih diatas berita ini.
Al-Fatihah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.