Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Cha Eunwoo Akhirnya Bersuara, Mohon Maaf Susulan Dakwaan Pengelakan Cukai ₩20 Bilion

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Jan 2026, 09:43 AM

cha eunwoo akhirnya bersuara, mohon maaf susulan dakwaan pengelakan cukai ₩20 bilionFoto: Instagram

Pelakon yang juga penyanyi Korea Selatan, Cha Eunwoo akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendedahan Dispatch mengenai dakwaan pengelakan cukai membabitkan jumlah sekitar ₩20 bilion yang turut mengaitkan ahli keluarganya.

Menerusi satu hantaran panjang di Instagram bertarikh 26 Januari 2026, anggota kumpulan ASTRO itu mengakui isu berkenaan telah menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam kalangan peminat serta orang ramai.

“Saya dengan ikhlas menundukkan kepala dan memohon maaf atas kebimbangan dan kekecewaan yang telah saya timbulkan disebabkan oleh peristiwa baru-baru ini yang berkaitan dengan saya,” tulisnya.

Menurut Cha Eunwoo, insiden tersebut membuatkan dirinya bermuhasabah secara mendalam tentang tanggungjawab sebagai warganegara, khususnya berkaitan pembayaran cukai.

“Perkara ini mendorong saya untuk menilai sama ada saya telah cukup teliti dalam pendekatan saya terhadap pembayaran cukai,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun sedang menjalani latihan ketenteraan, keadaannya bukanlah satu usaha untuk mengelak daripada berdepan kontroversi tersebut.

“Saya menulis ini selepas menyelesaikan tugasan harian saya di unit. Walaupun saya sedang berkhidmat dalam tentera, ia bukan pilihan yang disengajakan untuk mengelakkan isu ini,” jelasnya.

Tambah Cha Eunwoo, pendaftaran ketenteraannya pada tahun lalu dilakukan tanpa sempat menyelesaikan sepenuhnya prosedur siasatan cukai, sekali gus menyumbang kepada salah faham yang berlaku.

“Salah faham ini berpunca daripada kekurangan saya sendiri dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara tersebut,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 차은우 (@eunwo.o_c)

 

Dalam masa sama, beliau menegaskan komitmen untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan mematuhi segala prosedur berkaitan cukai pada masa hadapan.

“Saya akan menerima apa jua keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak berkuasa dan melaksanakan tanggungjawab saya dengan sewajarnya,” katanya lagi.

Cha Eunwoo turut meluahkan rasa kesal kerana mengecewakan peminat serta pihak-pihak yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang lebih sedekad berada dalam industri hiburan.

“Saya amat menyesal kerana menyebabkan kesakitan dan keletihan kepada mereka yang telah mempercayai dan menyokong saya,” katanya.

Sebelum ini, Dispatch melaporkan bahawa keluarga Cha Eunwoo didakwa mempunyai penglibatan langsung dalam struktur syarikat yang dikaitkan dengan kes pengelakan cukai berjumlah ₩20 bilion, bersamaan kira-kira RM 86 juta.

Menurut laporan itu, syarikat Cha’s Gallery ditubuhkan pada 4 Julai 2019 di Dongan-gu, Anyang, dengan Cha Eunwoo disenaraikan sebagai CEO, manakala ibunya sebagai pengarah dalaman dan bapanya sebagai pengurus kewangan.

Syarikat tersebut mempunyai skop perniagaan yang sangat luas merangkumi 34 kategori termasuk pengurusan artis, pengeluaran muzik, pengiklanan, produksi konsert, perkhidmatan makanan dan pengurusan IP.

Alamat pendaftaran syarikat itu dilaporkan beberapa kali berubah sebelum berpindah ke Pulau Ganghwa, lokasi restoran belut milik keluarga Cha Eunwoo. Dispatch turut mendedahkan beberapa penubuhan syarikat lain oleh ibunya, termasuk L&C LLC dan D ANY LLC, yang didakwa berkaitan dengan pengurusan aset Cha Eunwoo. Cha’s Gallery pula dilaporkan dibubarkan pada 2024.

Dispatch juga mempersoalkan keperluan penubuhan beberapa syarikat menggunakan struktur LLC yang dikatakan membolehkan operasi dijalankan dengan pengawasan minimum. Berdasarkan anggaran denda ₩20 bilion dan kadar cukai sekitar 20 peratus, pendapatan bercukai yang terlibat dianggarkan melebihi ₩100 bilion.

Kes ini kini berada dalam perhatian National Tax Service Korea Selatan, yang dilaporkan sedang menuntut cukai tertunggak berkaitan pendapatan Cha Eunwoo.

Sumber: Instagram, Koreaboo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us