berita hiburan era Dikecam Gara-Gara Hina Rakyat Kelantan, Caprice Tampil Mohon Maaf Menerusi akaun Caprice, beliau juga telah memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya. Editor 19 Aug 2019, 02:47 PM Share Tweet Kumpulan Anak Kelantan Prihatin telah membuat satu laporan polis terhadap Ariz Ramli, atau lebih dikenali dengan nama Caprice, atas satu tuduhan kenyataan beliau yang berbaur penghinaan.Menurut Awani, seperti dinyatakan oleh jurucakapnya Norlida Daud, perbuatan Caprice ini nyata telah menyinggung perasaan rakyat negeri itu."Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat di laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai penceramah bebas."Saya bersama beberapa anak Kelantan yang kini berada di Lembah Klang telah membuat laporan polis terhadap Caprice kerana kenyataannya menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris."Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Awani.Satu salinan video telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram @igkelantan dan mendapat kecaman ramai, khususnya rakyat dari negeri terbabit. View this post on Instagram 7 times go to Usrah, already know kick Fatwa... Ouchh Ouchh..Ouchh Ouchh - Who eat chili he shall taste spicy, Those who taste spicy will said my lips isn't insured - - Sapo2 yang tak faham translation ado kat bawah ni 👇🏻 - Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa... Amboi Amboi..Amboi Amboi.. - Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, Siapa Rasa Pedas Kata Aku Cakap Lepas...A post shared by KELANTAN DARUL NAIM © (@igkelantan) on Aug 16, 2019 at 7:40am PDTMenerusi akaun Caprice di Instagram, beliau juga telah memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya namun menyifatkan ia sebagai satu provikasi kerana mengambil video tanpa kapsyen di post. View this post on Instagram Salam Kelantan, (sapu ke kiri) 1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post. 2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih 3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue 4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejersama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan. Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjesama.A post shared by Caprice (@capriceofficial) on Aug 18, 2019 at 11:02pm PDT Share Tweet Filled Under : trending info era gmmj caprice *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.