Penyanyi rap, Caprice dijangka akan pulang ke Malaysia pada hari ini setelah hampir dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.
Menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, Caprice memaklumkan dia akan pulang ke Malaysia selepas selesai misinya.
“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).
“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.
Ariz Ramli atau mesra disapa Caprice dilihat tidak berkongsi maklumat mengenai jadual penerbangannya dan masa ketibaannya.
Tambahnya, usahawan dan aktivis ini akan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan kerajaan dan akan meneruskan aktivitinya termasuk perniagaan yang tertangguh.
Menerusi perkongsian di Instagram Storynya, Caprice memuat naik gambar terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan sebelum meninggalkan Mesir dan pulang ke tanah air.
‘Good bye and good night, see you in Disember” (Selamat tinggal dan selamat malam, jumpa lagi Disember ini),” tulisnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.