Penyanyi rap, Caprice mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya secara tertutup di Petaling Jaya, Selangor.
Ariz Ramli atau mesra disapa Caprice mula mendapat perhatian setelah pengguna laman Instagram @yasserpink memuat naik gambarnya selesai bernikah di atas pelamin.
Malah, penyanyi Azira Shafinaz turut ulang siar gambar tersebut di laman Instagram peribadinya dengan ucapan ‘Tahniah’.
Namun, penyanyi rap dan usahawan itu akhirnya membuat hantaran di laman Instagramnya dan memohon maaf kepada semua pihak dan media yang menghubunginya untuk mendapatkan kesahihan berita gembira itu.
Caprice juga berterima kepada semua pihak yang mendoakan buat dia dan pasangan selain berjanji untuk berkongsi di mana keberadaannya setelah ‘hilang’ 40 hari di media sosial.
“Saya mohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa ‘menghilangkan diri’ selama 40 hari. Selepas apa yang berlaku, saya berjanji akan menceritakan segala perkara yang terjadi sepanjang tempoh berkenaan.
“Sila ikuti akaun @signbycap kerana semua entri akan saya muat naik di situ kerana saya disekat daripada menggunakan akaun @capriceofficial,”.
“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya,” tulisnya.
Malah, dia menekankan tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan mereka tetapi segala persiapan yang dilakukan saat akhir dan pantas.
Wanita berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dahulu menjadi pilihan hati Caprice.
Rata-rata warganet yang terkejut dengan perkahwinan pasangan ini juga menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan baik-baik buat kedua pasangan.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.